BATU PAHAT: Institusi perbankan dan kementerian berkaitan digesa untuk memberi lebih kepercayaan kepada usahawan wanita dengan cara mempermudahkan mereka memperoleh pinjaman kewangan yang lebih besar.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang membuat gesaan itu berkata, ini memandangkan usahawan wanita dilihat memiliki nilai kebolehpercayaan yang tinggi dalam membayar balik pinjaman mereka berbanding lelaki.
"Contohnya Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), kadar pembayaran yang dibuat peminjam wanita melebihi peminjam lelaki. Ini terbukti apabila AIM dapat mengutip 99.8 peratus pinjaman daripada peminjam wanita.
"Oleh itu saya minta institusi kewangan atau Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi termasuk KKDW beri keutamaan kepada wanita untuk dapat pinjaman kerana mereka ini boleh dipercayai," kata beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ketika berucap merasmikan Karnival Usahawan Wanita di MRSM Batu Pahat, pada Jumaat.
Turut hadir Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong Datuk Seri Noraini Ahmad.
Ahmad Zahid berkata dalam melahirkan lebih ramai usahawan wanita berjaya, kerajaan melalui kementerian, jabatan dan agensi perlu turun ke bawah bagi menyantuni usahawan, memandangkan golongan itu memerlukan bimbingan dan khidmat nasihat dalam menjalankan perniagaan mereka.
"Bagi wujudkan lebih ramai usahawan, jangan terikat kepada hanya sesebuah kementerian sahaja, memang kita ada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, tetapi banyak lagi kementerian terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam melahirkan usahawan," katanya.
Sebagai Pengerusi Majlis Halal Malaysia, Ahmad Zahid berkata beliau melihat potensi besar dalam industri halal dengan pasaran luar negara mencecah USD 1.3 trilion, satu peluang yang perlu direbut oleh usahawan wanita di negara ini.
Katanya kerajaan sentiasa memberikan sokongan kepada mereka yang mahu terlibat dalam industri halal, misalnya dengan program latihan profesional sijil halal oleh Halal Development Corporation ketika ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 08 2023
Ahmad Zahid yang membuat gesaan itu berkata, ini memandangkan usahawan wanita dilihat memiliki nilai kebolehpercayaan yang tinggi dalam membayar balik pinjaman mereka berbanding lelaki. - Foto BERNAMA
Terbuka Singapura BWF: Lee Zii Jia tarik diri sebelum perlawanan pertama bermula
Naib juara Masters Malaysia, Lee Zii Jia, menarik diri saat terakhir sebelum perlawanan pertamanya di Terbuka Singapura, hari ini.
Risiko ancaman kecerdasan buatan (AI) tidak patut dilihat sebagai ancaman
Risiko ancaman kecerdasan buatan (AI) menggantikan keupayaan dan profesion wartawan tidak sepatutnya dilihat sebagai satu ancaman kepada kerjaya itu.
Menurut Bekas Dekan Komunikasi Universiti Sains Malaysia (USM), Datuk Dr. Adnan Hussein, ini kerana masalah itu mampu diatasi sekiranya wartawan di alaf ini mengambil peluang selangkah di hadapan teknologi itu, untuk mewujudkan keyakinan dalam kandungan berita yang disampaikan.
Menurut Bekas Dekan Komunikasi Universiti Sains Malaysia (USM), Datuk Dr. Adnan Hussein, ini kerana masalah itu mampu diatasi sekiranya wartawan di alaf ini mengambil peluang selangkah di hadapan teknologi itu, untuk mewujudkan keyakinan dalam kandungan berita yang disampaikan.
PDRM tahan 18 ahli kumpulan kongsi gelap TR
Seramai 18 ahli gabungan lima kongsi gelap dikenali sebagai kumpulan TR ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau dikenali sebagai Sosma atas kesalahan terlibat jenayah terancang.
KPDN gagalkan aktiviti seleweng diesel bersubsidi di Ipoh
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi dengan cara mengubah suai lori yang disertakan tangki tambahan untuk mengisi bahan api terbabit dalam serbuan di Ipoh, Perak, Jumaat lepas.
Pengamal media perlu pelihara etika, berintegriti sampaikan maklumat - TPM Fadillah
Pengamal media diingatkan untuk terus memelihara etika serta berintegriti dalam melaksana tugas menyampaikan maklumat tepat kepada masyarakat.
[TERKINI] KKM kesan produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik kerana dikesan mengandungi racun berjadual.
KKM batal notifikasi tiga produk kosmetik mengandungi racun berjadual
KKM berkata produk terlibat adalah N Glowing EWSB, Karisma Golden Turmeric Cream dan SL Two Intensive.
PDRM terima laporan OKU dakwa dipukul pengawal peribadi diraja
Polis mengesahkan menerima laporan seorang pemandu e-hailing yang didakwa dipukul pengawal peribadi Tunku Mahkota Johor di sebuah hotel semalam.
Sembilan rumah kedai musnah terbakar
Sembilan unit rumah kedai jenis separuh kekal di Kampung Baru Jerkoh, Benta dekat sini musnah dalam kebakaran awal pagi Rabu.
Dua lelaki didakwa bunuh rakan
Seorang lelaki warga Myanmar dan rakannya warga tempatan, didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan pada Rabu atas pertuduhan membunuh seorang lagi rakan mereka dua minggu lalu.
Beri kepercayaan usahawan wanita dapat pinjaman kewangan lebih besar - Ahmad Zahid
Institusi perbankan dan kementerian berkaitan digesa untuk memberi lebih kepercayaan kepada usahawan wanita dengan cara mempermudahkan mereka memperoleh pinjaman kewangan yang lebih besar.
Pencarum perlu sedar risiko mungkir FSA2 KWSP - Ahli ekonomi
"Mereka juga perlu tahu risiko yang perlu mereka lalui sekiranya pembiayaan tidak dilunaskan dalam masa ditetapkan."
Penyataan mengenai Keperluan Rizab Berkanun
Fleksibiliti ini yang telah diumumkan pada 5 Mei 2020 kini terpakai sehingga 31 Mei 2021.
Moratorium: Lanjutan tidak bersasar, berpanjangan akan jejas institusi perbankan
Biarpun kedudukan kewangan institusi perbankan pada ketika ini berada dalam keadaan yang baik, mereka tidak harus leka dengan keselesaan itu.
Kontraktor tempatan harus dilibatkan dalam projek ECRL Sekysen A - Wibawa
Dalam masa sama, Md Nasir tidak senang dengan sikap segelintir institusi kewangan yang seolah-olah menidakkan pinjaman kredit kepada kontraktor terutamanya golongan Bumiputera.
PKNS sasar 100 unit hartanah mampu terjual menerusi program 'PKNS X HOMES'
Program berkenaan turut memperkenalkan inisiatif baharu 'PKNS X LINE' dan 'PKNS X SQUAD' bagi memudahkan orang awam mendapat khidmat nasihat mengenai proses jual beli produk hartanah perbadanan.
Institusi perbankan perlu longgar syarat bantu golongan B40 miliki rumah
Institusi perbankan di negara ini disaran memberi kelonggaran kepada pemohon pinjaman perumahan terutama golongan B40 dengan mengambil kira pendapatan hasil kerja sambilan mereka.